Sunday, November 14, 2010

KUTU OH KUTU!!!

hari ni aku nk share ngan kowang pasai kutu..hishhh...aku benci makhlok ni...kalo kene gatal giler....rase nk botak jeh pale.. *macam penah rase jeh.. op coz lah aku penah rase...tp skang da xdo lah...2 cite mase kecik2 dulu... mmg aku penternak yg b'jaye lah.kalo jual mesti da pkai bmw skang..*tipu x hengat...
kutu ni ado pelbagai jenis..tp now aku nk cite pasai kutu kt pale..








Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala.*kirenye spesis dracula jugak lah..tp dracula isap kt tengkok.so kutu dalam bhse dracula ialah KUTULA..hahahah. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.*so b'4 ari ke-8 kowang kne pulon cri telor kutu..kalo x b'tmbah lg 6 ekor atas pale kowang..hissshh...goli den...
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.* ouhhh...pandai melompat..spesis katak jugak la ni...hurm..kutu2.








 TANDE2 KOWANG TELAH JD PENTERNAK KUTU

  1. Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
  2. Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
  3. Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.



CARE2 NK MENGHAPUSKAN TERNAKAN KUTU 

Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu. 

Amalkan selalu sehingga tiada lagi kutu ada di kepala. *ptue ni aku amek dr 101 petue.kalo x menjadi jgn salahkan aku k.. ^_^ 
  
atau pon kowang leh cari ubat2 ni kt frmasi ye..
  • Crotamiton
  • Benzene hexachloride
  • Malathion




okey..selamat mencube.
*.JAOHKAN DIRI ANDA DR KUTU2 RAYAU..coz kutu rayau pown bhye jugak..hihihih


 

No comments:

 
Christening Gowns, Free Blogger Templates